Masa Itu Emas

Daftar Keahlian

Rehat sat

SaHaBat DaN KeNaLaN

Khamis, Oktober 07, 2010

JEMPUTAN KE PROGRAM KOLOKIUM PERGERAKKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUBANG PASU

JEMPUTAN KE PROGRAM KOLOKIUM PERGERAKKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUBANG PASU,
Pada : 09/10/2010(sabtu)
Jam : 08.00 Pagi
Tempat : Dewan Wawasan Jitra.
Turut Bersama

  • TUN DR MAHATHIR B MOHAMMAD
  • DATO MUKHRIZ B TUN MAHATHIR
  • DATO SERI SHAFIE AFDAL.....

...Semua Ahli pemuda umno di sekitar Kubang Pasu dijemput hadir.. Turut bersama Aminuddin Bin Omar (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu)

Sabtu, Mei 01, 2010

KEmbara Mesra 1Malaysia















30/04/2010
Jumaat
Bendang Man
Sik Kedah

Bertempat di Bendang Man,Sik Kedah..Satu Kembara Mesra 1Malaysia telah diadakan dari Kubang Pasu Ke Sik Kedah.. Kembara tersebut anjuran Biro Anti Dadah UMNO Bahagian Kubang Pasu yang di pengerusikan oleh Saudara AJK UMNO Bahagian Kubang Pasu Majer Zaini B Ramli..

Program tersebut telah melibatkan seramai 43 biji motor yang bermula di hadapan Masjid Jitra.. Kembara ini dilepaskan oleh ADUN Bukit Kayu Hitam Dato Haji Ahmad Zaini B Jaapar..

Program ini juga melibatkan UMNO Bahagian Sik dan Pemuda UMNO Bahagian Sik yang banyak membantu dalam menjadikan program ini berjalan lancar.. Di sini terdapat beberapa gambar yang menunjukkan aktiviti yang dijalankan...

Selasa, April 27, 2010

Salam

kemenangan BN di hulu selangor dan di Bagan pinang mejadi titik tolak kepada kebangkitan BN dan gagasan 1malaysia.rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.

Kini bermula lah sebuah perjuangan dalam memartabatkan akar umbi.. Kerja kuat sewaktu Pilihan Raya Kecil adalah lebih baik kalau dijalankan sepanjang masa.. Biar rakyat yang menilai keikhlasan kita..apa yang penting setiap gerak kerja yang kita lakukan adalah kerana Allah Taalla dan Inshallah kita akan mendapat berkatnya..

Semoga kemenangan di Hulu Selangaor akan membuka mata para pemimpin BN yang bijaksana agar terus melakukan kerja demi kepentingan rakyat jelata..

Rakyat Didahulukan..Pencapaian Diutamakan

Sabtu, Mac 27, 2010

Sultan Kedah: Pilih Pemimpin Yang Tidak Dicucuk Hidung Oleh Pihak Luar

SINTOK: Baginda Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menasihati semua pihak supaya berhati-hati dalam memilih pemimpin.

Baginda bertitah, pemimpin yang ditaja oleh dana atau kuasa luar boleh mendedahkan negara kepada penjajahan.

"Jika mahu menjadi atau memilih pemimpin negara, lebih baik tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain kerana kemungkinan individu berkenaan mempunyai kepentingan kuasa luar terhadap diri sendiri.

"Lebih baik negara mempunyai pilihan membuat polisi sendiri berbanding dengan polisi yang dipaksa oleh negara atau kuasa lain," titah baginda pada Majlis Konvokesyen Ke-23 Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Baginda mengingatkan bahawa banyak negara telah menjadi boneka yang digerakkan oleh kuasa lain dan ia berlaku apabila pemimpinnya telah berjaya dibeli atau diperas ugut oleh kuasa berkenaan. "Pemimpin berkenaan cenderung membuat polisi yang dikehendaki oleh tuannya dan polisi yang dibuat tidak akan melihat kehendak rakyat. Rata-rata dalam kalangan kita mahukan kebebasan, tidak mahu dikongkong dan berupaya membuat keputusan sendiri," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah semakin banyak pilihan yang ada, semakin tinggi kebebasan seseorang dan semakin luas ruang kebebasan itu, semakin gembira hidup mereka.

"Seorang pemimpin yang baik membebaskan rakyat dan meletakkan rakyat dengan pelbagai peluang kerana melalui banyaknya pilihan, kita menjadi lebih fleksibel," titah baginda.

Baginda memberi contoh mengenai jasa yang pernah dilakukan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia kedua) yang telah berjaya menyediakan peluang pendidikan secara lebih menyeluruh melalui Dasar Ekonomi Baru.

Baginda yang juga Canselor UUM bertitah bahawa baginda membangkitkan perkara-perkara tersebut supaya para graduan turut dapat menyediakan diri untuk terus menikmati kebebasan diri untuk memilih dan bukannya memilih kerana dipaksa memilih

BERNAMA

M-star online

Rabu, Mac 10, 2010

HANYA TINGGAL UMNO UNTUK PERKASAKAN BARISAN NASIONAL!!!

Posted by Detguaq Monday, March 8, 2010

Kemelut berpanjangan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional nampaknya belum menampakkan titik pertemuan. Berbanding dengan UMNO yang telah, sedang dan terus mengambil langkah-langkah pro aktif untuk memperkasakan kembali parti, lain-lain komponen utama, iaitu MCA dan MIC masih lagi tergagau-gagau keadah yang paling berkesandan pantas untuk memperkukuhkan barisan hadapan mereka. MCA masih lagi di belenggu kemelut kepimpinan manakala MIC dan Gerakan masih lagi di pinggirkan atas sebab hilang keyakinan ahli-ahli mereka sendiri. Manakala parti-parti kecil lain seperti PPP sepatutnya duduk bertenang tanpa cuba mencari publisiti tak berharga.

Sudah sampai masanya Pengerusi Barisan Nasional mengambil langkah drastik untuk bertindak bagi membangkitkan mereka dari lamunan mimpi ngeri ciptaan mereka sendiri. Parti seperti MIC sudah wajar memilih Presiden mereka yang baru untuk memberi nafas yang segar atau mereka akan lihat pengaliran keluar secara berterusan kaum India yang menjadi ahli mereka ke parti-parti lain samada yang berada dalam komponen atau di seberang sana.

Umpama orang yang bertinggung dalam 'lengkong' penonton yang sedang melihat peniaga minyak urut bermain silap mata, UMNO harus keluar dari 'lengkongan' ini untuk berdiri jauh di luar supaya dapat melihat dengan lebih jelas lagi apa sebenarnya silap tentang permainan penjual minyak urut bertaraf pasar malam ini.
(sekadar hiasan)

Di ketahui umum oleh rakyat Malaysia mengenai kecenderungan pengundi-pengundi keturunan Cina apabila mereka membuang undi dalm pilihanraya-pilihanraya, bahawa mereka lebih mengikut telunjuk persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan berteraskan ekonomi seperti dewan perniagaan mereka yang ribuan jumlahnya sepatutnya di beri perhatian khusus. Inilah silap mata mereka yang sebenarnya. Silap mata mereka bukan kepada parti-parti, tetapi kepada dewan-dewan dan persatuan-persatuan perniagaan mereka. Parti-parti berteraskan kaum mereka sebenarnya 'boh liau' kuasa. Parti-parti mereka sebenarnya hanyalah 'wayang' untuk samada untuk tawar-menawar kepentingan politik ataupun sebenarnya lebih kepada alat untuk mengugut.

Frasa 'Undi Penentu' mereka bukanlah senjata untuk menolong, tetapi senjata untuk mengugut setiap kali adanya pilihanraya baik kepada Barisan Nasional mahpun bukan. Tetapi jika UMNO yang wajib mendominasi Barisan Nasional bagi menjamin kestabilan politik dan ekonomi sedar akan perkara ini, satu mekanisma paling sesuai perlu di ujudkan dengan segera untuk mengimbangi faktor undi penentu yang menjadi senjata bermata dua ini.

Manakala kaum India, jika di tanya mereka yang bukan dari kalangan pemimpin parti, ada juga yang menjawab berada di bawah wakil rakyat Melayu lebih mendapat pembelaan dari duduk dibawah wakil rakyat dari bangsa mereka sendiri. Dan tidak di nafikan juga mereka menjauhi MIC kerana Presidennya adalah orang yang terlalu lama.....stagnant!

Kembali merenungi sejarah Nusantara, kaum India dan Cina yang pada awalnya datang berdagang di sini sebelum ujudnyapun Malaysia yang merdeka tentunya sedar bagaimana bebasnya mereka keluar masuk berdagang di tanah yang subur ini. Malah kerana adanya Semenanjung inilah segala bidang perniagaan yang di jalankan di sini membawa keuntungan untuk di bawa pulang pula ni'mat kebendaan ke tanah asal masing-masing.

Malah dapatkah mereka nafikan bahwa 'dahaga kesengsaraan' yang di hirup semasa di tempat asal kelahiran mereka telah dapat di ni'mati 'air kesenangan' yang melimpah ruah semasa mereka brehijrah ke sini walaupn belum secara rasmi? Kenapa pula bila mereka di terima secara rasmi kini mahu menjadi anjing yang mengigit? Dan mengapa pula mereka semahu-mahunya memadamkan warna sejarah yang telah di'kitab'kan? Tidak mengapalah jika mereka cuba mahu memadam dan mewarnakan sejarah, namun mereka harus menerima hakikat bahawa dasar kanvas sejarah Malaysia ini telah diwarnai oleh 'permanent coloring' yang walau di bilas sebagaimanapun dengan apa-apa 'bleach agent' pun tidak akan luntur warna kanvas sejarah Malaysia ini. Kami pejuang UMNO akan sentiasa memastikan pameran kanvas sejarah Tanah ini akan terus berada di galeri pemikiran dunia.

Kepada pemimpin di atas, jom kita kembali kepada sejarah apabila kita merujuk kepada tuntutan-tuntutan dan desakan-desakan terbaru mereka. Secara ringkasnya TUNTUTAN MEREKA, telahpun kita orang Melayu PENUHI 100% semasa hendak mencapai kemerdekaan dahulu. Jika tidak masakan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan dari British. Kita kena ingat bahawa selepas berkompromi tentang tuntutan-tuntutan dari kaun Cina dan kaum India melalui pemipmipn-pemimpin mereka barulah kemerdekaan di capai. Jadi mengapakah setelah tuntutan mereka ini di persetujui, masih lagi ada tuntutan-tuntutan yang terus-terusan menghakis bahagian Orang Melayu dari kedua-dua sisi?

TIADA TUNTUTAN LAGI SELEPAS INI!!!

Malah apa yang sepatutnya kita mengambil kembali bahagian kita yang telah kita beri dahulu kerana mereka tidak pernah berterimakasih dia atas kebaikan dan keihklasan kita untuk menerima mereka secara JUS SOLI dahulu.

Berhentilah wahai pemimpin-pemimpin Melayu yang mengetuai kepimpinan Barisan Nasional dari terus menari mengikut rentak tari mereka, ajarlah kembali mereka bagaimana untuk berjoget mahupun berzapin, kerana rentak kita lebih harmoni, lebih adil. Tari mereka adalah tari yang kasar sehinggakan kerapkali langkah mereka sumbang walaupun itu 'tarian' mereka. Malah tarian harimau yang mereka gerakkan kelihatan begitu canggung. Ngangaan mulut harimau ini nampaknya kini cuba membaham naggota badan mereka sendiri....alahi canggungnya, malah tari canggung kita nampak lebih bertenaga! dan wajib di ingat, seperti kata seorang pemipmin di Jerai, bahawa harimau tahun ini bukan harimau biasa! Harimau tahun ini adalah Harimau Metalik, harimau yang ganasnya akan membaham dan melukai hatta dirinya sendiri.

MEREKA KENA FASIH BERJOGET!!!

Sewajarnya pada fasa ini, seiring dengan konsep 1Malaysia yang menjunjung konsep keadilan, penstrukturan semula kerusi-kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri wajar di lakukan. Formula terdahlu yang memberikan kuota mengikut nisbah kaum secara menjumlahkan komposisi kaum seluruh negara tidaklah mencerminkan keadilan sebenar, dimana melalui formula ini kita telah rela untuk memberikan kerusi di kawasan-kawasan di mana kaum Melayu menjadi majoriti kepada mereka. Jika di nilai dari segi konsep keadilan, adakah ini adil? Sepatutnya bila sesuatu kaum itu adalah majoriti, wakil yang sepatutnya adalah dari kalangan kamu majoriti. Dalam konteks Malaysia, terutamanya di Semenanjung Tanah Melayu, orang Melayulah yang sepatutnya menjadi wakil rakyat di kawasan mereka. Sebagai jalan penyelesaian, kaum-kaum lain bolehlah di lantik ke dalam jawatan-jawatan politik secara ehsan, dengan memberi jawatan senator sebagai misalannya atau diletakkan dalam GLC-GLC sebagai penghormatan dalam keadaan-keadaan tertentu kepada pemimpin kaum yang tinggal di kawasan bermajoriti Melayu.
Statistik secara keseluruhan ini tidak sepatutnya di jadikan kayu ukur untuk menetapkan kuota calon semasa pilihanraya.Data-data kependudukan secra mengikut DUN dan Parlimenlah yang sepatutnya menjadi kayu ukur untuk meletak calon pada setiap kali pilihanraya.

Sebagai contoh:


Siapa yang dapat menafikan bahawa polar politik Malaysia masih berteraskan georgrafi kaum? Lihat sahaja DAP, bagaimana mereka menyusun calon pada setiap pilihnaraya, begitu juga PAS, bagaimana susunan mereka terutamnya di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor tanpa melibatkan kes-kes terpencil. bandingkan pula dengan Barisan Nasional. PARTI MANAKAH YANG LEBIH RASIONAL?
Rujuk: Nobisha. Tetapi apa guna rasional jika sudah di racuni emosi oleh mereka yang entah penting entah tidak atau hanya menampakkan diri penting padahal:

"ada tidak menambah tiada tidak mengurang"

Jika teliti apa yang telah di tulis oleh nobisha bersama-sama dengan fakta yang di gariskan, apakah kita dapat nafikan bahawa polar politik Malaysia akan begitu keadaannya buat masa ini dan boleh jadi juga akan berterusan begini selamanya....

Untuk memberi kestabilan kepada Malaysia, pengagihan kerusi-kerusi pilihanraya tidak lagi boleh di buat melaui kuota yang keadahnya dia buat secara lump- sump. Secara fitrahnya orang Melayu adalah lebih adil dalam segala hal termasuklah politik, ekonomi dan sosial. Orang melayu memang mudah menerima kaum lain sebagai jiran. Lihat sahaja dalam kampung Melayu, walau hanya seorang kaum Cina atau kaum India menduduki kampung yang 99% orang Melayu, mereka dapat hidup aman damai, tetapi bagaimanapula sebaliknya? Begitu juga bila sesuatu kawasan itu di wakili oleh Orang melayu sebagai Wakil Rakyat mereka, semua kaum tetap terbela kebajikan, pendidikan, kesihatan, ekonomi dan sebagainya.

Malah seluruh dunia tidak dapat menafikan bahawa Orang Melayu yang mendominasi dari segi jumlah penduduk tetapi tidak pula menguasaipun kek ekonomi Malaysia. Rakyat pelbagai kaum bebas untuk memperbaiki taraf ekonomi mereka tanpa sekatan asal mereka berusaha. Namun dasar yang adil oleh kerajaan dilihat sebaliknya oleh mereka yang tamak. Dan kerana sikap lembut dasar Kerajaan Persekutuan dalam mempraktikkan konsep keadilan dalam kek ekonomi ini rupanya sentiasa di intai peluang untuk menekan. Dan kini melampaui pula kedalam kek politik. Selepas ini kek apa pula yang hendak di lahap oleh kaum yang tamak ini???

Ahad, Mac 07, 2010

Salam

Lama jugak aku tak menulis sebab masa banyak dihabiskan bersama Facebook..

Dan kali nie satu permulaan baru bagi aku untuk kembali aktif menulis... Aku menulis bukan kerana nama..Aku menulis demi kepentingan Agama...BAngsa dan Negara..

Sedar tak sedar bangsa kita yang seagama telah terpecah tiga..Untuk kita terus berkuasa kita perlu mendapatkan sokongan bukan bangsa kita..

Kenapa perlu kita yg seagama dan sebangsa berpecah..Perpecahan yang berlaku hanya disebabkan keinginan memilikki kuasa..

Sedarkah kita yang bangsa kita masih jauh ketinggalan dalam banyak pekara..Sedarkah kita yang kini kita dipertoton dan ditertawa kerana pergolakkan sesama kita dalam memperjuangankan agenda yang belum tahu hala tujunya sama ada untuk rakyat atau kepentingan sendiri..

Wahai Bangsa ku yang seagama dengan ku..BAngkit lah dari tidur mu..Kembali lah kita bersatu..Mempertahankan Bangsa MElayu dan Agama Islam agar terus berkuasa..

Lupakan perselisihan faham dalam perjuangan..Rapatkan saf kepimpinan untuk membentuk sebuah perjuangan yang mana boleh Bangsa kita bersatu bersama..

Ayuhlah Bangsa ku..Masih ada masa untuk kita bersatu..

Sabtu, Mac 06, 2010

Saya Dihukum Tanpa Diberi Peluang Membela Diri - Zulkifli


KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang dipecat keanggotaannya oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berkata beliau dihukum tanpa diberi peluang membela diri.

Zulkifli, 48, berkata beliau menerima berita mengenai pemecatannya itu melalui rakan pemberita dan menyifatkan ia sebagai permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 2 Sept 1998 termasuk kejatuhan dan kehancuran PKR.

"Saya dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat seperti yang dilaungkan oleh kepimpinan PKR selama ini. Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka.

"Saya hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah Allah, iaitu persoalan aqidah, syariat dan agama Islam, sebaliknya (mereka) meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam," katanya dalam kenyataan menerusi blognya di sini, malam Sabtu.

Zulkifli berkata walaupun diberi peluang membuat rayuan, beliau tidak bercadang untuk terus menggadaikan prinsip dan menjual maruah berhadapan dengan sandiwara Firaun-firaun Kecil dalam parti itu.

Bagaimanapun, beliau akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

Zulkifli berkata pada masa ini telah menjadi satu trend dalam PKR untuk melancarkan serangan peribadi dan 'pembunuhan karektor' yang tidak berasas terhadap sesiapa yang tidak bersetuju atau tidak mahu bersekongkol dengan mereka.

Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution berkata keputusan memecat keanggotaan Zulkifli itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan termasuk meminta Zulkifli mengosongkan kerusi Parlimen itu.

Bagaimanapun, Zulkifli diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.

Zulkifli yang juga seorang peguam, dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

Khamis lepas, anggota Parlimen yang terkenal dengan tindakan 'menentang arus' dalam PKR itu bertindak keluar daripada sidang Lembaga Displin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.

-- BERNAMA

KMU